SABUN BUKU ATAU BAR SOAP | Making a Big Comeback!
Dan saya percaya kehangatannya bukan sekadar trend semasa, ia datang dengan satu rejim penjagaan kulit yang penuh dengan pengalaman dan belaian yang tersendiri.
Masih jelas dan segar dalam ingatan saat saya berkunjung ke Paris, lima tahun lalu. Waktu itu musim luruh baru bermula, daun-daun hijau-kuning masih lagi berbaki di ranting-ranting pohon, belum luruh sepenuhnya. Di jalanan juga masih polos, belum dirimbuni daun kering. Suhunya menyenangkan, atmosferanya mendamaikan. Dan salah satu pengalaman menyeronokan sewaktu saya berpergian ke sana ialah sewaktu berkunjung ke pasar paginya. Selain tertarik melihat segarnya buah dan sayur-sayur yang bersusun di meja jualan, mata saya juga terleka melihat sabun buku yang berwarna-warni yang disusun rapat-rapat. Ia kelihatan ‘raw’ namun ada jiwanya sendiri. Melihatkannya, minda saya pantas disinggahi imej-imej vintaj, classy dan juga menyubur kembali memori zaman kecil. Saya pulang ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan berbuku-buku sabun sebagai ole-ole buat teman di pejabat.
Saya orangnya sceptical, agak susah untuk berubah facial cleanser saya dari liquid ke bar soap,sebab secara lazimnya saya dapati sabun buku sebagai pencuci muka akan megeringkan kulit muka saya dan juga memedihkan kulit.
Tapi itu dulu sebelum teknologi berkembang.Suatu hari saya menerima bar soap pemberian dari rakan,rakan saya bersungguh-sungguh minta saya cuba dulu sebelum membuat andaian.dek kerana saya mmg ada trust yang tinggi dengan taste rakan sy,saya pun mencuba bar soap tersebut.WOWW its amazing! Betul2 mengubah pendirian saya tentang bar soap as a facial cleanser.
Hari ini, dalam tidak sedar banyak jenama sabun buku lokal mencuri hati pembeli. Dan saya percaya kebangkitan penjual sabun buku ini bukan sekadar trend, tapi ia lebih dari itu. Dan ia juga bukan sekadar datang dengan tawaran pelbagai bau tapi dilengkapi dengan fokus penjagaan dan belaian berbeza, baik dari melembap, memelihara kulit khususnya yang sensitif mahupun mengawal minyak.
SEJENAK BERSAMA CEO PENCETUS IDEA BEAUTY SOAP N THREE BEAUTY.
Saya mendekati Haslina Hashim, CEO N Three Beauty dan juga pencetus idea Sabun buku sebagai pencuci muka, berbicara tentang pengalamannya memasarkan Beauty Soap.
Bagaimana bermula dan dari mana datangnya inspirasi untuk melancarkan Beauty Soap?
Sebenarnya inspirasi datang dari observation,saya suka mengkaji perkembangan perniagaan negara2 maju,terutama dalam skincare industry pastinya korea,jepun dan Europe.Bila saya memerhati sendiri bagaimana mereka kembalikan bar soap as facial cleanser,saya mula tertarik dan mengkaji lebih dalam.Dan apabila saya berbincang dengan chemist team kami,mereka Berjaya mencipta satu formula yg di ambil dari korean dermatologist.Sebelum saya membuat keputusan untuk teruskan production,biasanya saya sendiri akan mencuba terlebih dahulu.saya sama juga seperti Erin agak skeptikal dengan sabun muka,tetapi selepas mencuba,saya sangat berpuas hati dan memutuskan untuk memasarkan sabun muka.
Apa yang membuatkan Beauty Soap by N Three Beauty istimewa atau berbeza dengan produk serupa yang ada di pasaran?
Sabun yang saya hasilkan ringkas, diperbuat menggunakan minyak esensi, sodium hydroxide dan air. Ia menggunakan enam jenis minyak iaitu minyak kelapa, minyak zaitun,tea tree,bay leaf dan biji anggur di perkaya dengan Vitamin C. Keenam-enam bahan yang saya gabungkan ini bermanfaat untuk membersih, melembap,melembut dan mencerahkan kulit. Saya perasan gabungan bahan-bahan yang saya gunakan ini tidak digunakan di dalam mana-mana sabun yang berada di pasaran. Jika ada pun hanya sebahagian sahaja,tetapi saya gabungkan kesemua bahan-bahan yang banyak manfaat dan juga telah lama di gunakan oleh nenek moyang kita dalam penjagaan kulit wajah,seperti minyak kelapa,minyak zaitun dan minyak biji anggur.
Apakah kesukaran atau proses yang rumit dalam penghasilan beauty soap?
Bukan rumit tapi saya perlu belanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan minyak esensi yang berkualiti tinggi dan haruman yang berkualiti memandangkan tidak semua minyak esensi boleh dicampurkan dengan bahan-bahan yang saya gunakan untuk penghasilan sabun. Saya juga mengambil berat kualiti sabun saya,saya tidak mahu sabun terlalu mudah cair dan juga terlalu keras.
Bagaimana pula dengan pemilihan bau?
Saya cuba mengekalkan bauan semulajadi dari minyak-minyak esensi yang saya gunakan,tetapi memandangkan saya menggunakan minyak yg berkualiti tinggi bauan juga agak pekat,saya tambah dengan bauan lavender untuk menghasilkan aromaterapi disaat pengguna mencuci muka.
Berdasarkan pengalaman atau trend pembeli, apakah respon yang didapati dari pengguna beauty soap?
Majoritinya menyenangi kesan dari beauty soap kami,sabun yang tidak mengeringkan kulit muka,malah melembabkan,tidak pedih dan cekang bila di gunakan,dan kesannya juga akan memberansangkan,kulit wajah semakin cerah,berseri dan beraura.
Bagaimana pula dengan Haslina, adakah Haslina menggunakan beauty soap sebagai rutin penjagaan wajah?
Erin,saya sangat sukakannya,bukan sebab saya adalah pengasas kepada beauty soap,tetapi secara peribadi saya betul-betul jatuh cinta dengan beauty soap N tHREE beauty ni,sebelum ni saya memang masih membeli satu cleanser dari jenama antarabangsa,tetapi makin lama saya semakin meninggalkan cleanser tersebut,travel pun bawa beauty soap sekarang,saya dari seorang yang agak skeptikal terhadap sabun buku boleh jatuh cinta dengan beauty soap by N Three Beauty ni.
Apakah salah faham lazim tentang bar soap?
Sebahagian orang beranggapan jenama lokal kurang berkualiti, hakikatnya sudah semakin banyak produk lokal yang berkualiti dan setanding atau lebih baik dari produk antarabangsa. Saya menghasilkan koleksi bar soap saya sendiri bermula dari awal proses pembuatannya. Kami menjalankan kajian lengkap bersama ahli kimia dalam bidang kecantikan, bersama-sama Doktor pakar iaitu penasihat syarikat N three Beauty ini sendiri.
Sebagai CEO sebuah jenama kecil, apakah cabaran besar yang dihadapi?
Berdasarkan pengalaman, proses dan pemasaran sangat mencabar. Saya punya pengalaman kerja dalam dunia korporat dan bidang kerja saya lebih banyak dalam pengurusan syarikat, dan saya anggap diri saya bukanlah seorang yang kreatif dalam pemasaran. Keluarga dan kawan-kawan banyak menjadi tempat saya bertanya dan berkongsi buah fikir.Bersaing dengan jenama besar telah bertahun dalam market bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya.
Apakah perancangan terdekat untuk N three Beauty?
Saya bercadang untuk melancarkan produk penjagaan kulit yang lengkap berdasarkan kajian kami terhadap masalah kulit wajah rakyat Malaysia.dan kami juga merancang untuk memanjangkan rangkaian kami kepada penjagaan kulit wajah dari dalam. Jadi kita bukan sahaja cantik luar tapi sihat dalaman. Saya meletakkan harapan yang sangat tinggi,suatu hari nanti N Three Beauty akan berada sebaris bersama produk-produk besar seperti Loreal,Wardah dan maybelline.
Klik butang di bawah untuk cuba rahsia kajian produk Beauty Soap kami. Jerawat makin hilang, kulit wajah kembali sihat. Wajah cantik jelita!